13 November 2011

Rendang ayam tanpa kerisik


Buat aidil fitri tahun ni..

rendang ni tak pedas elok utk bdk2 mkn pagi raya  

Rendang ni pakai main campak2 je bhn kat dlm kuali. Hubby mintak buat sate goreng tapi sy tak terasa plak nak makan daging. Jd sy buatkan ni khas utk diri sendiri n anak2.

Bahan-bahan

  1. 1 ekor ayam-dipotong dlm 12 bahagian kecil2 
  2. 10 ulas bawang merah *
  3. 4 ulas bawang putih *
  4. 5 biji cili *
  5. 1 inci halia *
  6. 2-3 sdb cili giling/ cili boh 
  7. 1 inci lengkuas *
  8. 1/2 inci kunyit hidup *
  9. 2 batang serai dititik (nak lebih lbh pun xpe)
  10. 2 helai daun kunyit dihiris halus (kalu ada...utk aromanya)
  11. 4 cawan santan pekat
  12. sedikit garam
  13. minyak utk menumis 
Bahan bertanda * perlu diblend

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali 
  2. Letakkan sedikit minyak utk menumis 
  3. Masukkan bahan2 yg * kedalam minyak yg telah panas
  4. Biarkan naik baunya 
  5. Masukkan ayam 
  6. Masukkan santan + garam (masak hingga mendidih). 
  7. Kemudian campurkan daun kunyit garam.
  8. Masak ayam hingga empuk 

Footnote: 
Biarkan ada kuah sedikit sbb nnt nak hangat/panaskan. Ini perlu sbb bila dah 2-3 kali reheat nnt rendang ni akan jd terlalu kering. Sy tak berapa gemar kalu rendang yg camtu

No comments:

Post a Comment