Tinggal banyak ni je lg.. amik gambar keesokan harinya
Ini first posting saya lepas selamat bersalinkan anak perempuan saya yang kami namakan Hurul 'Ain. Alhamdulillah proses pembedahan berakhir selepas 45 minit terbaring di atas tempat pembedahan tu. Bertemankan Dr. Suriyati, pakar/ doktor bius, bidan, dan beberapa jururawat. Saya bersalin di Kuantan Medical Centre. Saya pilih hospital ni sbb doktor perempuan yang merawat dan membedah kita. Anak ketiga dan anak terakhir saya bersalin kat situ atas faktor doktor perempuan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun kes cesaerean kali ke-4 ni agak sakit sedikit sehingga pakar/ doktor bius berikan suntikan untuk tidur. Saya sebenarnya menahan kesakitan dan ini disedari oleh Dr. Suriyati. Oleh kerana itu, pakar/ doktor bius tu berilah suntikan dan saya hanya sedar selepas pembedahan dimana suami mengejutkan saya (masa tu dalam bilik pembedahan lagi). Alhamdulillah juga saya sempat dengar suara anak saya nangis selepas dikeluarkan dari perut ibunya... bunyinya kuat bukan kepalang. Tersentak mungkin bila ditarik sebab mungkin sedang nyenyak tidur, wallahu'alam. Panjang sangat cerita ni..baiklah terus kepada resepi ni.
Bahan-bahannya:
- 500 gm paru
- 1 senduk cili kasar
- 1-2 biji bawang besar - mayang
- 2 ulas bawang putih - mayang
- garam
- gula
- air asam jawa
Cara-caranya:
1. Cuci bersih paru untuk direbus hingga agak empuk.
2. Hiris nipis paru tadi dan goreng agak garing. Toskan minyaknya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
4. Masukkan air asam jawa, kacau sebati.
5. Bila pecah minyak masukkan garam dan gula. Kacau lagi.
6. Masukkan paru yang sudah digoreng tadi dan gaul dengan sambal lada secara merata.
7. Masak hingga mesra dan masukkan bawang holland hiris. Kacau rata, biar seketika dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment