24 November 2012

Nasi hujan panas yg Minimalis

 Nasi hujan panas yang baru dimasak. Hanya beras biasa digunakan (keluaran Faeza).


Saya bawa bekal ke pejabat (utk mkn tghari)

Saya tengok utk masak nasi hujan panas ni, biasanya tukang masak atau blogger akan gunakan beras basmathi. Memang hasilnya cantik tapi kalau semata-mata nak guna beras tu utk masak nasi utk saty pot beras jer, saya rasa memadai pakai beras yg biasa kita makan utk nasi putih. Lbh pun, tiada beras basmathi tidak perlu membantutkan hajat nak makan nasi hujan panas. Itu pendapat saya. Kebetulan memang saya ada pelbagai bancuhan warna kat rumah. Jadi, utk gabungkan hanya 2 warna bagi menghasilkan nasi ini tidak menjadi masalah. 

Dan lagi, saya tak ada bahan hiasan yg cukup utk menyerikan nasi ini. Takde gajus, kismis dan sebagainya. Tapi itu semua tak dapat menghalang saya untuk menyediakan nasi hujan panas yang serba kekurangan ni (hence, the name Nasi hujan panas yg Minimalis). Jom perhatikan bahan-bahannya. 

  1. 1 1/2 pot beras Faeza 
  2. 2 1/2 cawan air (guna cawan/pot yg sama yg digunakan utk menyukat beras utk elakkan nasi antah atau terlalu lembik) 
  3. 1 helai daun pandan -siat dan simpul
  4. 3 biji labu bawang putih  (mayang)
  5. 1 labu bawang besar (mayang)
  6. 1 btg kulit kayu manis
  7. 2 kuntum bunga lawang 
  8. pewarna merah dan hijau 
  9. 2 sdb mentega (saya guna mentega keluaran FELDA) 

Sekarang jom tengok pula cara nak buat. 
  1. Basuh beras. Tos dan ketepikan 
  2. Dah tu ambil rice cooker, 'on', kemudian masukkan mentega
  3. Bila dah panas sedikit, masukkan bahan tumisan iaitu bawang putih & bawang besar yg telah dimayang 
  4. Biarkan sehingga naik bau
  5. Kemudian masukkan beras 
  6. Tambahkan air 
  7. Masukkan pula daun pandan
  8. Mungkin dalam 15 minit depending on the rice cooker you use, nasi akan masak.
  9. Buat 2 lubang pada nasi yg telah masak tu. Satu utk letak pewarna hijau dan lagi satu pewarna merah
  10. Ambil sudu atau gunakan tudung pewarna dan masukkan pewarna memenuhi tudung tersebut.
  11. Letakkan exactly kat lubang yg telah dibuat pada nasi
  12. Ambil 2 batang garfu dan kacau-kacau pewarna dan nasi. Lain perkataan gemburkan nasi bersama dengan warna tersebut gunakan garfu. Lebih elok kalau bila kita kacau, kita buat 2 part. Satu part utk kacau pewarna hijau, vise versa. Nanti pewarna akan lbh sekata tak de la tiba2 terlebih hijau atau merah
  13. Demikianlah steps yg perlu diambil utk masak nasi ni. 

Note: Oh ya utk lihat bagaimana nak masak kari dan ayam masak merah (spt dalam Pic.2), browse kedua-dua resepi ni dalam kotak 'search' disebelah kanan atas blog ni. Atau tgk entry Chicken curry with vegetable. Utk ayam tu ada di entry bertajuk 'Lauk'. SELAMAT MENCUBA hidangan ringkas ini. 

No comments:

Post a Comment