30 October 2012

Bubur Kacang Hijau


Encik hubby suka sangat makan bubur kacang hijau ni. In fact, arwah mak mentua selalu hidangkan semasa minum petang. Belah arwah mak saya jarang buat bubur kacang ni kerana arwah pok (ayah dalam dialek Terengganu) lebih suka makanan tradisional orang Pantai Timur. Frankly speaking, arwah pok langsung tak pilih pasal makan. [Nota: Alfatihah untuk kedua arwah mak dan ayah saya serta arwah mak mertua. Semoga mereka tergolong dalam orang2 beriman dan diampuni dosa mereka]. Saya masak bubur ni juga semata-mata kalau2 ler ada org bertandang ke rumah ptg ni.. yelah hari Ahad ada time lbh nak masak lbh pun. So, ini resepi ringkas bubur kacang dibuat utk suami yg sy hormati. Silalah cuba..

Bahan-bahan 
  1. 3/4 cawan gula
  2. santan 200ml
  3. 1/2 sudu kecil garam
  4. 2 keping gula nisan/ kerek
  5. air (sedikit jer..saya tak masukkan langsungO
  6. 250 gram kacang hijau
  7. 1 - 2 helai daun pandan disumpul (untuk wangikan hidangan)
  8. garam (optional)
Cara-cara Penyediaan

  1. Kacang direbus bersama air sehingga empuk
  2. Biarkan air kering sedikit lepas tu masukkan santan, gula merah yg diketuk, garam.
  3. Biarkan bahan2 ni mendidih sedikit kemudian tutup api dapur. 
  4. Masukkan dalam peti sejuk sblm dihidangkan

24 October 2012

Kerang goreng kari

Resepi dari Kak Chik (my sister in-law)

Hari ini hari Rabu, 24 Oktober.. di Pahang semua daerah bercuti sbb hari keputeraan baginda sultan. Dan esok pun saya cuti (minta annual leave) sbb lusa dah hari raya korban. So, minggu ni kerja cuma 2 hari shj. Bercerita mengenai resepi ni, sebenarnya masakan ni telah saya masak lama dulu. Cuma saya tak terletak diblog ni. Lupa nak buat dan kekadang dihambat oleh kesibukan menyebabkan gambar atau resepi ni tak tersiar diblog. Anyway, disini saya type resepinyer. 

Bahan-bahan:-
  1. 1 kg kerang 
  2. 2 sdb rempah kari (daging/ayam/ikan)
  3. garam secukup rasa 
  4. 1 btg serai (diketuk sedikit)
  5. 1 labu bawang besar (ditumbuk/ mayang)
  6. 3 biji bawang putih (ditumbuk/ mayang)
  7. 3-5 sdb cili giling
  8. Minyak untuk menggoreng(sedikit shj)

Cara memasak:-
  1. Didalam kuali, panaskan minyak 
  2. Bila minyak dah panas, letakkan bwang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk/mayang
  3. Masukkan cili giling 
  4. Bila dah naik bau masukkan serbuk kari
  5. Masukkan kerang 
  6. Masukkan serai
  7. Masak kerang utk 10-15 min. (tak perlu lama since seafood tak sedap kalau overcook/lama sgt masak
  8. Letakkan garam dan gaul rata. Rasakan masinnya kemudian bolehlah padamkan api. 

Selamat mencuba dan jika anda suka resepi ni boleh sebarkan pada rakan2. Semoga bermanfaat utk semua.