12 November 2011

nasi tomato dan ayam masak merah

 
Nasi tomato ..dihidangkan dgn ayam masak merah. Alas dgn daun pisang 

 
Ayam masak merah


nasi tomato setelah dicampur dgn bahan hiasan


A) Bahan2 utk buat nasi
  1. 1 kg beras Faeza basmathi - cuci dan toskan
  2. 300 g ayam/isi ayam - potong kecil
  3. 1100 ml air
  4. 8 biji tomato buah - dicincang halus
  5. 4 sb tomato puri
  6. 1 1/4 cawan susu sejat
  7. 3/4 cawan minyak sapi/majerin
  8. garam secukup rasa 
(i) Bahan yg perlu dimesin
  1. 3 biji bawang besar
  2. 15 ulas bawang putih
  3. 1 ibujari halia
(ii) Bahan2 yg digunakan utk menumis
  1. 8 kuntum bunga cengkih
  2. 8 biji pelaga
  3. 3 inc. kulit kayu manis
  4. 4 batang serai - dititik
  5. 3 helai daun pandan - disimpul 
(ii) Bahan2 yg digunakan utk menghias nasi tomato 
  1. daun sup
  2. daun bawang
  3. bawang goreng
  4. gajus goreng
  5. kismis hitam  
  6. 1 tin kecil kacang peas 

Cara penyediaan
  1. Air dan ayam direbus hingga ayam empuk,toskan ayamnya dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.Masukkan pula tomato buah dan tomato puri dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan pila air rebusan ayam dan susu cair dan biarkan mendidih lalu masukka beras dan masak hingga hampir kering.Masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.Tutup periuk dan kecilkan api dan masak hingga nasi tomato ayam tanak.
  4. Matikan api.Taburhan dgn 1/2 bahagian bahan hiasan dan serihkan nasi perlahan2.
  5. Taburkan lebihan bahan hiasan di atas nasi ketika menghidang 
B) Ayam Masak Merah

Bahan2: 


  1.  1/2 ekor ayam
  2. sedikit garam kunyit
  3. 4-5 biji cili kering
  4. 1 cm halia
  5. 2 ulas bawang putih
  6. 1 labu bawang besar
  7. 1 biji tomato-potong dadu
  8. 1/2 cawan sos tomato
(ii) Bahan2 yg digunakan utk menghias ayam masak merah
  1. 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  2. kacang hijau secukupnya 

Cara penyediaan
  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

No comments:

Post a Comment