30 September 2012

Shepppard Pie with turkey filling

 Ayam turkey dilapik setelah letak kuahnyer...


Kentang lecek diratakan sblm letak cheese.

Here is the sheppard pie with some fillings 

Hari ni hari minggu..so bole masak itu ini utk anak2. Dah lama nak try masak sheppard pie yg mcm ni since kawan bw ke pejabat hari tu. Dia beritau secara ringkas bhn2nyer. Ayam turkey tu saya tambah sbb nak habiskan ayam tu sj. By the way, tak byk amik gambar sbb pada masa yg sama ada dua tiga perkara yg perlu diuruskan.Ok la ...disertakan resepi di bawah untuk dicuba pada sape2 yg nak rasa.

Bahan-bahan yg diperlukan:-
  1. 5-10 biji kentang bersaiz kecil 
  2. garam secukup rasa
  3. 4 keping ayam turkey yg telah dipotong kecil (yg telah di'slice')
  4. 4 sdk susu tepung baby (since sy xde susu segar) 
  5. 5-7 sausage bersaiz kecil (dipotong kecil-kecil)
  6. 1 tin sos prego utk spaghetti
  7. 1 tin cendawan butang (slice/ mayang) 
  8. air utk merebus kentang
  9. minyak utk menumis 
  10. 1 biji bawang besar (potong dadu)
  11. 6 biji bawang putih (potong dadu)
  12. 2 buku daging cincang (saya guna Ramly Burger) 
  13. 5-6 keping keju (sy guna keju kraft)
  14. 3 sdb tepung kastard (utk pekatkan adunan kuah. Tepung ditambah dgn sedikit air biasa)

  Cara nak masak kuah/ filling:-
  1.   Masukkan minyak dalam kuali. 
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih
  3. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang 
  4. Biarkan daging masak beberapa ketika 
  5. Kemudian masukkan sos prego 
  6. Letakkan cendawan butang dan sausage
  7. Masak sekejap shj kemudian terus curahkan tepung kastard yg telah dicampur dgn air
  8. Tutup api dapur dan ketepikan 

Cara nak masak topping kentang:
  1. Rebus kentang bersama dgn air. Kentang telah terlebih dahulu dibuang kulitnya
  2. Biarkan kentang empuk dan toskan
  3. Dalam bekas, lecek kentang gunakan pelecek/ cawan. Lecek rata-rata
  4. Tambahkan garam secukup rasa
  5. Tuangkan susu yg telah dicampur dgn sedikit air
  6. Gaul bahan-bahan biar mesra kemudian ketepikan
.
Cara nak lapik filling:-
  1. Dalam loyang, mulakan dengan meletakkan kuah/ filling. Sapu rata2 hingga memenuhi ruang loyang tu
  2. Kemudian susun daging turkey 
  3. Lepas tu timbuskan pula daging dengan kentang/ topping kentang
  4. Akhirnya, letakkan keju memenuhi ruang loyang 
  5. Dah siap buat ini semua teruskan dgn membakar pai. Sy bakar 20 mins shj. dgn api perlahan. Sy guna oven lama..tak nampak dah sukatan suhunyer..Agak2 ler..jgn biarkan keju keperang-perangan sgt cukup.

18 September 2012

Roti telur

Roti telur yg ditebuk tgh bole dimakan bersama ngan sausage

Cara nak menyediakan roti telur ni tak susah. Cuma perlu tebuk lubang pada tgh2 roti kemudian masukkan telur. Bila dah masak atau garing sikit angkat..Bila nak makan tabur ngan lada sulah sikit. Dah siap utk sarapan serba ringkas. Saya rasa anak dara pun boleh masak roti telur yg sgt simple ni.  Saya dah lama post posting ni cuma tak type bahan2 nyer. Cuaca hari ni lembap sikit. Sesuai benar kalau makan roti telur ni dgn air kope...nyum, nyum..

Bahan-bahan:
  1. 2-3 keping roti 
  2. 2-3 biji telur. Grade apa2 pun tak kisah. Pecahkan sebiji dan masukkan dalam cawan. Nanti tuangkan shj telur tu.
  3. Sedikit lada sulah 
  4. Sedikit minyak utk menggoreng
 Cara Penyediaan:
  1. Sebelum mula utk masak, tebukkan roti ditengah-tengah dgn menggunakan penutup minuman. Tak kisahla besar/ kecil ke. Asalkan dapat lubangkan ditengah roti tu 
  2. Didalam kuali, masukkan minyak 
  3. Setelah minyak dah panas, masukkan roti. 
  4. Seterusnya masukkan telur yg telah dipecahkan tu
  5. Taburkan lada sulah atas telur 
  6. Dah garing sedikit, barulah matikan api dapur 
Senang bukan? Selamat mencuba!

Nasi Goreng Ikan Masin

 Nasi goreng Ikan Masin...baru jer masak


Ikan tenggiri ..mmg sesuai sgt untuk masak nasi goreng ni

Saya dah tukar template utk blog ni since nampak serabut sgt when I used the former template. Hari ni saya cuti memandangkan anak-anak cuti sekolah. Since hubby guru sekolah saya, dia pun cuti ler. Memandangkan diaorg ada dirumah, saya pun apply cuti. Hari ni elok jugak cuti sbb besok dah hari raya korban. Saya dah cadang nak masak simple2 jer... tak de org balik ke rumah arwah ayah mentua ni (Sy masih mendiami rumah arwah ayah mentua. Rumah kami inshaAllah boleh masuk tahun depan).  Okler berbalik kpd resepi nasi goreng ikan masin ni, saya suka guna ikan tenggiri yg boleh didapati dimana2 supermarket/ hypermarket. Resepinya sgt2 simple. 

Bahan-bahan: 
  1. Sedikit ikan tenggiri (mungkin sepotong tapak tangan). Jgn terlalu byk nnt ter'over' masin. Ikan tenggiri ni perlu ditumbuk.
  2. Sedikit sayur-sayuran (saya guna kacang panjang) 
  3. 1 labu bawang besar (ditumbuk)
  4. 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  5. Minyak untuk menggoreng
  6. 1-2 senduk nasi 
Cara memasak: 
  1. Didalam kuali, masukkan  bawang besar dan bawang putih yg telah ditumbuk
  2. Bila dah naik bau, letakkan pula ikan tenggiri yg ditumbuk tadi
  3. Kemudian masukkan nasi
  4. Lepas tu terus masukkan sayur
  5. Kacau rata-rata sebelum angkat 
Kalau prefer, kita boleh masukkan telur. Tapi yg pastinya jangan masuk dah garam. Kalau tak memang masin.. nnt takleh makan pulak. Lagi pun tak elok utk kesihatan. Nanti darah tinggi plak. Kepada kesemua pengunjung, selamat hari raya eidul adha. 


 

Bayam Masak Air


Lauk paling simple ....

Lauk sayur bayam mmg elok utk kesihatan sbb "bayam membina Salur Darah yang Lebih Baik. Satu hidangan bayam (anggaran satu cawan) mampu membekalkan 40% dari keperluan zat besi harian. Keperluan zat besi amat penting dalam membina sel darah merah yang membantu membekalkan oksigen ke seluruh tubuh" - dipetik dari http://smkbt.com/v1/node/556. Lauk ni pun sgt senang disediakan. Bahan2 yg diperlukan juga mmg sentiasa ada kat dapur, saya pasti didalam mana-mana rumah/ dapur. 

Bahan-bahan:
  • Seikat bayam 
  • Segenggam ikan bilis yang dah dibuang isi perut
  • 1 inci halia atau 1 btg serai
  • 1 biji lada besar yang dimayang 
  • Sedikit air
  • Garam Secukup rasa 
Cara Penyediaan: 
  • Didalam periuk, letakkan air 
  • Kemudian masukkan semua bahan (ikan bilis, serai/halia, lada besar, bayam) 
  • Biarkan air menggelegak sedikit barulah dimatikan api
Selamat mencuba. Lauk ni kalau ratah jer pun tak per. Saya suka since dalam keadaan mengandung anak ke-empat ni mmg baik utk tambah darah.

Sambal Petai (yg dah diperisi)

Tak sempat nak up date ....nak layan anak2...Oklah sekarang baru ada masa sikit utk up-date resepi ni. Saya sebenarnya terliur dengan petai yg dijual di pasaraya yg baru dibuka di bandar Pekan ni. Dah lupa nama supermarket tu. Nampak kasar-kasar jer isinya. Tapi bila saya bau paket petai ni ianya sedikit kuat. Tapi saya fikir mungkin kalau masak baunya akan hilang. Harga satu peket RM7.99. Saya rasa mahal tapi mungkin itulah harganya sbb petai ni dah dikopek. Dipendekkan cerita, bila saya masak, mmg petai ni dah sedikit 'spoil'. Terasa 'acidic' bila dijamah. Anyway, saya teruskan juga sbb dah masak pun. Udang tu pun saya beli kat pasaraya tu. Ok ler ini resepinya.

Bahan-bahan:-
  1. 1 paket petai 
  2. 2-3 sdb cili giling/ cili yg telah di'blend'
  3. Bawang besar dan bawang putih yg telah di'blend' atau tumbuk. Saya tumbuk jer
  4. 1 keping asam jawa/keping
  5. Minyak utk menggoreng 
  6. 1/2 gram hingga 1 kilo udang sederhana besar. Saya gunakan gunting untuk guntingkan kulit udang. Kemudian saya ambil pisau utk keluarkan najis yg berwarna hitam dibelakang udang tu. Rational? Nanti boleh ratah kulit udang tu. Sedap. Dah siap buat perkara2 ni. Basuh udang n ketepikan
Cara memasak:-
  1. Didalam kuali, masukkan minyak utk menggoreng
  2. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan tumis iaitu bawang besar dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan pula cili giling
  3. Masukkan petai. Kacau petai bagi dia 'mesra' dgn bahan2 tumis. Biarkan petai empuk sedikit sblm masukkan udang
  4. Sekarang masukkan udang. Tak perlu masak terlalu lama. Kacau rata 
  5. Masukkan asam keping/jawa
  6. Padamkan api

Pickle Mangoes




Mangoes ... Mak Teh (my neighbour gave them to me)

I was totally so busy with works that I could not provide time to prepare the mango pickle until they were already rotten. I therefore, threw them away. However, the mango pickles are easy to make since you need just the basic ingredients for instance sugar, salt and etc. This is a recipe I learnt from my mother in-law. For anyone who wants to try preparing the pickle, here it is. 
p/s: I noticed that I already uploaded the recipe some time ago. Here it is.

Ingredients: 
  1. 1-2 mangoes (I am not sure the name of this mango. But I suppose any mango that you grow for instance mempelam epal can be used to prepare the pickle.
  2. Some salt (depends on how salty you want it to be)
  3. Some sugar (maybe 1 cup would do)
  4. Cooked water (perhaps 2 cups) 
Preparation procedures:
  1. Slice mangoes according to your preferences. 
  2. Take a jar, then fill-in with water that you have already cooked. If it is still hot let it cold for a while 
  3. Then add in sugar and salt. Stir them well in the jar. Or perhaps you can use other container where you pour in the cooked water, and add in sugar and salt
  4. Place the jar that you've closed with a lid in the refrigerator
  5. When you want to eat (it is recommended that you eat with rice), in a bowl, put shrimp paste, small chillies (1-2; depends on you)..also add in some water from the jar
  6. Mix all the ingredients. It surely is tasty. Especially for those who lost appetite. 

Masak Lemak Ikan Kaci

Dah lama tak update blog ni. Banyak sgt kerja n virus M menjadi-jadi. New semester has just begun...so many things to do. With assessments, English for Placement Test (EPT) and so many other things. Besides these events, InshaAllah I'll be graduating this coming November, 23rd. Convocation for completing my PhD... I have another blog which I keep the stories of my phd endeavour here. Anyway, back to the recipe here... this was my first time cooking this recipe. Ikan kaci is usually cook for curry meal. However, there is nenas madu in the fridge, I therefore cook this dish. 

The ingredients: 
  1. 600 gram kaci fish 
  2. 1 honey pineapple
  3. 9 small red chillies 
  4. 1 inch of tumeric 
  5. 200 ml santan 
  6. 3 lemon grass
  7. a pinch of salt
Cooking Method

  1. With a mortar and pestle, grind or crush tumeric and red chillies. Then crush the tumeric
  2. In a wok, pour in the santan milk
  3. Then add in honey pineapple (don't let it over cook- perhaps let it for 2-3 minutes before proceeding to the next step
  4. Add in the fish. Cook for about 10-15 minutes... the meat of the fish is soft so, the cooking does not need to be long 
  5. Add in salt. Stir the gravy once in a while before you turn off the stove