18 September 2012

Sambal Petai (yg dah diperisi)

Tak sempat nak up date ....nak layan anak2...Oklah sekarang baru ada masa sikit utk up-date resepi ni. Saya sebenarnya terliur dengan petai yg dijual di pasaraya yg baru dibuka di bandar Pekan ni. Dah lupa nama supermarket tu. Nampak kasar-kasar jer isinya. Tapi bila saya bau paket petai ni ianya sedikit kuat. Tapi saya fikir mungkin kalau masak baunya akan hilang. Harga satu peket RM7.99. Saya rasa mahal tapi mungkin itulah harganya sbb petai ni dah dikopek. Dipendekkan cerita, bila saya masak, mmg petai ni dah sedikit 'spoil'. Terasa 'acidic' bila dijamah. Anyway, saya teruskan juga sbb dah masak pun. Udang tu pun saya beli kat pasaraya tu. Ok ler ini resepinya.

Bahan-bahan:-
  1. 1 paket petai 
  2. 2-3 sdb cili giling/ cili yg telah di'blend'
  3. Bawang besar dan bawang putih yg telah di'blend' atau tumbuk. Saya tumbuk jer
  4. 1 keping asam jawa/keping
  5. Minyak utk menggoreng 
  6. 1/2 gram hingga 1 kilo udang sederhana besar. Saya gunakan gunting untuk guntingkan kulit udang. Kemudian saya ambil pisau utk keluarkan najis yg berwarna hitam dibelakang udang tu. Rational? Nanti boleh ratah kulit udang tu. Sedap. Dah siap buat perkara2 ni. Basuh udang n ketepikan
Cara memasak:-
  1. Didalam kuali, masukkan minyak utk menggoreng
  2. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan tumis iaitu bawang besar dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan pula cili giling
  3. Masukkan petai. Kacau petai bagi dia 'mesra' dgn bahan2 tumis. Biarkan petai empuk sedikit sblm masukkan udang
  4. Sekarang masukkan udang. Tak perlu masak terlalu lama. Kacau rata 
  5. Masukkan asam keping/jawa
  6. Padamkan api

No comments:

Post a Comment