24 November 2012

Nasi hujan panas yg Minimalis

 Nasi hujan panas yang baru dimasak. Hanya beras biasa digunakan (keluaran Faeza).


Saya bawa bekal ke pejabat (utk mkn tghari)

Saya tengok utk masak nasi hujan panas ni, biasanya tukang masak atau blogger akan gunakan beras basmathi. Memang hasilnya cantik tapi kalau semata-mata nak guna beras tu utk masak nasi utk saty pot beras jer, saya rasa memadai pakai beras yg biasa kita makan utk nasi putih. Lbh pun, tiada beras basmathi tidak perlu membantutkan hajat nak makan nasi hujan panas. Itu pendapat saya. Kebetulan memang saya ada pelbagai bancuhan warna kat rumah. Jadi, utk gabungkan hanya 2 warna bagi menghasilkan nasi ini tidak menjadi masalah. 

Dan lagi, saya tak ada bahan hiasan yg cukup utk menyerikan nasi ini. Takde gajus, kismis dan sebagainya. Tapi itu semua tak dapat menghalang saya untuk menyediakan nasi hujan panas yang serba kekurangan ni (hence, the name Nasi hujan panas yg Minimalis). Jom perhatikan bahan-bahannya. 

  1. 1 1/2 pot beras Faeza 
  2. 2 1/2 cawan air (guna cawan/pot yg sama yg digunakan utk menyukat beras utk elakkan nasi antah atau terlalu lembik) 
  3. 1 helai daun pandan -siat dan simpul
  4. 3 biji labu bawang putih  (mayang)
  5. 1 labu bawang besar (mayang)
  6. 1 btg kulit kayu manis
  7. 2 kuntum bunga lawang 
  8. pewarna merah dan hijau 
  9. 2 sdb mentega (saya guna mentega keluaran FELDA) 

Sekarang jom tengok pula cara nak buat. 
  1. Basuh beras. Tos dan ketepikan 
  2. Dah tu ambil rice cooker, 'on', kemudian masukkan mentega
  3. Bila dah panas sedikit, masukkan bahan tumisan iaitu bawang putih & bawang besar yg telah dimayang 
  4. Biarkan sehingga naik bau
  5. Kemudian masukkan beras 
  6. Tambahkan air 
  7. Masukkan pula daun pandan
  8. Mungkin dalam 15 minit depending on the rice cooker you use, nasi akan masak.
  9. Buat 2 lubang pada nasi yg telah masak tu. Satu utk letak pewarna hijau dan lagi satu pewarna merah
  10. Ambil sudu atau gunakan tudung pewarna dan masukkan pewarna memenuhi tudung tersebut.
  11. Letakkan exactly kat lubang yg telah dibuat pada nasi
  12. Ambil 2 batang garfu dan kacau-kacau pewarna dan nasi. Lain perkataan gemburkan nasi bersama dengan warna tersebut gunakan garfu. Lebih elok kalau bila kita kacau, kita buat 2 part. Satu part utk kacau pewarna hijau, vise versa. Nanti pewarna akan lbh sekata tak de la tiba2 terlebih hijau atau merah
  13. Demikianlah steps yg perlu diambil utk masak nasi ni. 

Note: Oh ya utk lihat bagaimana nak masak kari dan ayam masak merah (spt dalam Pic.2), browse kedua-dua resepi ni dalam kotak 'search' disebelah kanan atas blog ni. Atau tgk entry Chicken curry with vegetable. Utk ayam tu ada di entry bertajuk 'Lauk'. SELAMAT MENCUBA hidangan ringkas ini. 

Rendang ayam

Rendang ayam masak utk raya haji 2012

Oleh kerana tiada adik beradik ipar yang balik kerumah arwah mentua yg sy duduki ni, takdelah gotong royong utk memasak bersama-sama. Tapi yang penting, juadah 'core' macam rendang, nasi impit dan kuah nasi impit tetap saya sediakan. Ini pun utk makan di hari raya juga. Sambutan raya haji ni istimewanya kita dapat dengar takbir lebih dari satu hari. Takbir utk raya haji bermula subuh hari ke 9 zulhijjan dan berakhir asar hari ke 13 zulhijjah (sumber: Ustaz Love Menulis). Hanya seorang je family member hubby yang balik ... Farid; yg tinggal kat Pasir Gudang. 

Utk resipi ni, saya letak kerisik. Last time saya buat, saya tak letak kerisik. Tapi bahan2 yg digunakan tetap sama. Utk tengok resepi ni copy/paste URL ni - http://maklangrecipesgalore.blogspot.com/2011/11/rendang-ayam.html - tak susah masak rendang sbb semua bahan kita masukkan sekali dan tunggu hingga kering. Saya suka letak extra daun purut dan daun kunyit. Ini utk meng'aroma'kan rendang.
ermula selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah.

Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/11/takbir-raya-aidil-adha-haji-korban/#ixzz2D7nSAIgY
ermula selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah.

Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/11/takbir-raya-aidil-adha-haji-korban/#ixzz2D7nSAIgY

Kek Marble

Bancuhan warna pilihan saya: cokelat, pink, biru, hijau dan lg satu... 


.... kuning


setelah di'layer'...ia akan jadi macam gini 



masak dah.... 


bila potong dua nampaklah hasilnya spt ini...mcm butterfly wings



masih panas2... anak2 nak rasa potong ler kecil2...

Ini first time saya buat kek marble setelah lama mem'browse' macamana org bole buat kek yg ada layer cantik2. So, sy terpanggil utk mencuba resepi kek marble ni. Dan rata-rata saya tengok bila guna warna terang, kek akan lbh menyerlah. Resepi ni pula saya dapat dari Kak Chik... tapi saya modify ikut bahan-bahan yg saya ada dalam rumah. 

Bahan-bahan:-
  1. 5 biji telur saiz sederhana 
  2. 250 kiub mentega (sy guna Farmcows)
  3. pelbagai pewarna
  4. 1 1/2 cawan gula castor yg telah dimesin sbb nak lbh halus (boleh kurangkan gula jika nak)
  5. 2 cawan tepung gandum yg diayak 
  6. 1 sudu kecil baking powder
  7. sedikit esen vanilla
 Cara nak bake kek ni.
  1. Tepung perlu diayak bersama baking powder
  2. Mix mentega,  gula dan esen vanilla hingga kembang gunakan mixer.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam mixer
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis 
  5. Lepas tu asingkan tepung yg telah dikisar kpd 5 bhg sebab nak bancuh gunakan pewarna 
  6. Ambil loyang yg telah dilapis dgn kertas A4 (takde kertas minyak u) dan dilesek mentega
  7. Skrg boleh mulakan buat lapisan. Saya start membuat layer dibahagian tengah loyang. Buat satu lapisan kemudian lapiskan lagi satu bancuhan warna diatas lapisan pertama yg telah dibuat. Begitulah seterusnya. Saya buat lapisan memenuhi loyang ... org lain buat cara lain. Cara saya buat mungkin tak bagus ... tapi apa yg penting mesti buat satu lapisan demi lapisan 
  8. Dah siap buat niakar pd suhu 180C selama 45 min [standard suhu] atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing-masing. Oven saya oven lama. So, tak silap saya masak dalam 1 jam lebih kut. 

Popia goreng guna mix vege.

Tumiskan kentang yg telah dipotong dadu


Masukkan mix vege. 


Letakkan inti yg telah dimasak ditengah-tengah 


Popia yg dah siap digulung dan sedia utk digoreng 


Goreng dgn minyak yg sedikit


Dah siap ...

Saya sediakan popia ni sebab hari tu Hadif; anak kedua makan sungguh-sungguh kuih yg saya beli kat cafe pejabat. So, saya buatlah utk dia makan. Tapi dia plak tak makan ... macam-macam. Anak saya yg sulung dan ketiga je yg makan. Saya perasan, yg dibeli dicafe tu, guna taugeh tapi saya guna mix vege. Tak tau ler ..dia mmg memilih sikit kalau bab2 makan ni. Alih-alih kalau makanan yg tak berabis tu saya ler yg kena habiskan utk elak dr membazir. Penyediaan utk buat kuih ni sememangnya senang.


Bahan-bahan:-
  1. 10 kulit popia 
  2. sedikit mix vegetable
  3. garam secukup rasa
  4. minyak utk menggoreng 
  5. 2 biji kentang dipotong dadu 
  6. Telur utk kepilkan inti  (saya guna air paip jer) 


Cara nak sediakan inti:
  1. Potong dadu 2 biji kentang. Ketepikan 
  2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih (ikut ler nak byk/ sikit mana)
  3. Dalam kuali, letakkan sedikit minyak. 
  4. Tumiskan bawang besar dan bawang putih (bahan #2) 
  5. Masukkan kentang. Biarkan sedikit empuk 
  6. Kemudian masukkan mix vege. 
  7. Gaulkan bahan ini. Kemudian masukkan garam. Gaulkan sedikit lagi utk 'mesrakan' bahan ni. 
  8. Ketepikan 


Cara nak masukkan inti dalam kulit popia:
  1. Nyah bekukan kulit popia dengan menggunakan tuala lembap
  2. Pisahkan satu persatu
  3. Bentangkan kulit popia atas meja/ flat surface
  4. Letakkan inti ditengah-tengah kulit popia 
  5. Ambil hujung/ bucu salah satu kulit popia sehingga menutupi inti 
  6. Kemudian gulungkan 
  7. Untuk kemaskan gulungan, finishing perlu disapukan sedikit telur
  8. Sedia untuk digoreng dengan minyak yg sedikit. 

Popia sira horlicks & gula



Teh tarik guna Lipton tea bag



Gambar-gambar ni diambil setelah cuba membuat yg terbaik segelas teh tarik menggunakan teabag Lipton. Nampak sedikit hambar berbanding kalau kita beli yang di warung. Anyway, saja nak minum teh tarik utk sarapan hari itu. Teh tarik ni dihidangkan dengan mi lidi goreng (klik sini utk tengok resepi). Cara penyediaan adalah spt dibawah:

Bahan-bahan:-
  1. 3 uncang teabag Lipton 
  2. Air panas (betul2 yg baru masak)
  3. 5 - 7 sudu besar susu pekat (saya guna Marigold  Krimer Manis Kopi & Teh Tarik) 
 Cara penyediaan: 
  1. Rendamkan uncang teh kedalam bekas air untuk 15-20 minit. Untuk dapatkan patinya. 
  2. Setelah itu, masukkan pula susu pekat. Kacau sedikit
  3. Kemudian masukka air panas. Kacau lagi sekali.. dah siap utk dihidangkan. 

Mi Lidi Goreng

Mi goreng lidi 

Simple sekali hidangan hari minggu kali ini. Ringkas dan segera.. tetap menjadi pilihan jika malas nak membeli kuih-muih utk sarapan di kedai depan simpang rumah ni. Memang kami jarang beli sarapan. Kalau beli pun, kami akan bungkus nasi dagang atau roti canai utk dimakan dirumah. Kebanyakkan sarapan pagi saya sediakan dirumah - janji simple dan panas ketika dimakan. Baiklah, jom kita semak bahan2 yg diperlukan utk memasak sarapan ini. 

Bahan-bahan:-
  1. 1/2 paket mi lidi jenama Long Fong (harga pasaran RM1)
  2.  2 sdb cili kering yg digiling/ blend
  3. 2 biji telur 
  4. sedikit garam dan gula 
  5. bawang putih dan besar utk menumis  (tumbuk dulu- kasar-kasar pun ok)
  6. sedikit minyak untuk menggoreng 
Cara nak masak:
  1. Rebuskan mi lidi lbh kurang 10 minit. Jgn overcook nanti mi jadi sangat lembik dan tak sedap nak makan. 
  2. Toskan air rebusan dan letak ke tepi. 
  3. Panaskan minyak untuk menumis. 
  4. Masukkan bawang dan bila dah naik bau tumisan, masukkan cili kering yang digiling
  5. Masukkan pula telur (telur ni kita kena siapkan berasingan. Caranya pukul 2 biji telur dgn garfu. Tuang sedikit minyak dlm kuali. Bila dah panas minyak masukkan telur. Ambil spatula/ sudip dan kacau-kacau telur dalam kuali hingga brownish. Angkat dan ketepikan). 
  6. Gaulkan kesemua bahan ini sebelum tutup api. Mungkin perlukan kurang dari 10 min utk masakkan kesemua bahan2 ini.  

A cake for celebration

 I guess this is supposed to be written, "Mama is a Dr (PhD)?"


The tiramusi cake my hubby bought 

Alhamdulliah, I completed my PhD after I had my viva on 23 March 2012. I managed to do all the corrections by May 2012. Since they were too many obstacles in meeting the internal examiners to look at my corrections, the thesis that was already corrected could only be submitted in June that year. Read my story in another blog that I dedicated concerning this [here]

Back to the story about the cake (as displayed above), my  hubby had a surprise when he told me to close my eyes after I opened the refrigerator's door the other day (after I got back from the office/ while I was about to prepare afternoon tea). I did as I was told and when he asked me to open my eyes, I saw this cake on the kitchen table. He said he has nothing else to buy to celebrate the  success of completing my phd. I don't mind actually since I received a lot of surprises gifts (for e.g. Tachymeter Casio watch, Scholl shoes and others - not too brag.). But I think he helped me a lot these years in order to complete my phd. Thanks a lot for being supportive.