15 April 2012

Roti Naik (yg tak naik)

Gambar ni amik kat Tok Bali Arwana Inn. Piring and cawan pinjam.

 Tak jadi la attempt utk buat roti naik khas utk makan dlm perjalanan cuti sekolah (first time cuti skolah thn ni). Jadi rezeki ayam itik jer. Bagi kat mak teh jiran sebelah n selebihnya mkn sendiri2. Resepi asal was taken from here. I also followed the tips..petua2 apa seme. Tapi xde rezeki tak jadi. 

Bahan-bahan
  • 1kg tepung gandum3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 375g gula halus
  • 5g serbuk ibu roti
  • 225g marjerin
  • 75g minyak sapi
  • Mentega untuk disapu ke atas roti
  • 2½ cawan air
Cara memasak

  • Larutkan serbuk ibu roti dalam air. Kacau dan biarkan sebentar.
  • Pukul gula halus bersama kuning telur sehingga sebati. Kemudian masukkan marjerin dan minyak sapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga rata. Gaulkan tepung ke dalam aduan dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati. Adunan dibahagi tiga. Uli dan lambung setinggi 1/2m adunan tersebut sebanyak 100 kali bagi setiap adunan.
  • Setelah siap, satukan ketiga-tiga adunan tadi. Perap selama satu jam di tempat yang tidak berangin tetapi panas sehingga adunan naik.
  • Setelah itu, bulatkan adunan tadi setiap sebesar telur ayam dan aturkan ke dalam loyang. Jangan terlalu rapat kerana adunan tersebut akan naik lagi. Letakkan adunan tadi di tempat yang berangin tetapi panas untuk beberapa jam supaya adunan dapat naik lagi.
  • Bakar roti pada suhu ketuhar 150° F. Sapukan sedikit mentega di atas roti sejurus dikeluarkan dari ketuhar.

No comments:

Post a Comment