Encik hubby suka sangat makan bubur kacang hijau ni. In fact, arwah mak mentua selalu hidangkan semasa minum petang. Belah arwah mak saya jarang buat bubur kacang ni kerana arwah pok (ayah dalam dialek Terengganu) lebih suka makanan tradisional orang Pantai Timur. Frankly speaking, arwah pok langsung tak pilih pasal makan. [Nota: Alfatihah untuk kedua arwah mak dan ayah saya serta arwah mak mertua. Semoga mereka tergolong dalam orang2 beriman dan diampuni dosa mereka]. Saya masak bubur ni juga semata-mata kalau2 ler ada org bertandang ke rumah ptg ni.. yelah hari Ahad ada time lbh nak masak lbh pun. So, ini resepi ringkas bubur kacang dibuat utk suami yg sy hormati. Silalah cuba..
Bahan-bahan
- 3/4 cawan gula
- santan 200ml
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 keping gula nisan/ kerek
- air (sedikit jer..saya tak masukkan langsungO
- 250 gram kacang hijau
- 1 - 2 helai daun pandan disumpul (untuk wangikan hidangan)
- garam (optional)
- Kacang direbus bersama air sehingga empuk
- Biarkan air kering sedikit lepas tu masukkan santan, gula merah yg diketuk, garam.
- Biarkan bahan2 ni mendidih sedikit kemudian tutup api dapur.
- Masukkan dalam peti sejuk sblm dihidangkan