10 June 2012

Masak Lemak Sotong (Squid) Kacang Buncis

Bahan-Bahan :

  1. 500 gm sotong dibasuh dan toskan. 
  2. 7 biji cili api  atau cili kecil ditumbuk
  3. 1 biji kunyit hidup ditumbuk
  4. santan kelapa (RM2.00 yg siap dipek dikedai)
  5. 3 batang serai
  6. Kacang buncis (mungkin berbelas-belas batang saya letak)
 Cara Menyediakannya :-
  1. Panaskan periuk. 
  2. Letakkan sotong, kunyit dan lada yang telah ditumbuk. Serai diketuk sedikit dan masukkan sekali dalam periuk tu. Gaulkan atau 'mesrakan' bahan2 ini. Perhatikan air sotong akan keluar buat seketika. TUNGGU sampai air ni kering. Kemudian barulah ....
  3. ... masukkan santan kelapa dan seterusnya kacang buncis. Jangan biarkan kacang buncis dimasak terlalu lama. Nanti tak rapuh pula kacang tu. 
  4. Ketepikan dan dah siap untuk dihidangkan.

15 April 2012

kangkung rebus

Another simple ulaman for dinner/ lunch. Not to forget pilled cucumber. Again all these can be eaten with sambal belacan.

donut




I prepared this since my nieces from JB were here. It was ready at 11 sth.. I didn't cook lunch since they were already full. Late that afternoon, we went to Sara Thai to eat lunch/ early dinner. The recipe can be referred here.

Rebusan


Ini adalah masakan kari sebenarnya. Since entry ni dilabelkan Ulam-ulaman, so needs to show case the ulam ler. Ni sebenarnya pucuk paku yang direbus.. pastu ada ulam raja kat sebelah tu. Disamping tu ada satu ulam yg saya tak kenal ...beli kat Pekan Rabu. Ulam-ulaman ni mmg sedap kalu dicicah ngan sambal belacan... kalau ada kari cukup la utk lauk. Ada daging n sayur.. 

happy 6th birthday Asyraful Hadif

 Bangun awal pagi sebab tak sempat pek malam tu... 


Print kan Happy Birthday wish... nak bagi kwn2 kat taska. Masa kecik2 dl xde buat cam gini. Anak-anak zaman skrg lain cara celebrate nyer..

Roti Naik (yg tak naik)

Gambar ni amik kat Tok Bali Arwana Inn. Piring and cawan pinjam.

 Tak jadi la attempt utk buat roti naik khas utk makan dlm perjalanan cuti sekolah (first time cuti skolah thn ni). Jadi rezeki ayam itik jer. Bagi kat mak teh jiran sebelah n selebihnya mkn sendiri2. Resepi asal was taken from here. I also followed the tips..petua2 apa seme. Tapi xde rezeki tak jadi. 

Bahan-bahan
  • 1kg tepung gandum3 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 375g gula halus
  • 5g serbuk ibu roti
  • 225g marjerin
  • 75g minyak sapi
  • Mentega untuk disapu ke atas roti
  • 2½ cawan air
Cara memasak

  • Larutkan serbuk ibu roti dalam air. Kacau dan biarkan sebentar.
  • Pukul gula halus bersama kuning telur sehingga sebati. Kemudian masukkan marjerin dan minyak sapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga rata. Gaulkan tepung ke dalam aduan dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati. Adunan dibahagi tiga. Uli dan lambung setinggi 1/2m adunan tersebut sebanyak 100 kali bagi setiap adunan.
  • Setelah siap, satukan ketiga-tiga adunan tadi. Perap selama satu jam di tempat yang tidak berangin tetapi panas sehingga adunan naik.
  • Setelah itu, bulatkan adunan tadi setiap sebesar telur ayam dan aturkan ke dalam loyang. Jangan terlalu rapat kerana adunan tersebut akan naik lagi. Letakkan adunan tadi di tempat yang berangin tetapi panas untuk beberapa jam supaya adunan dapat naik lagi.
  • Bakar roti pada suhu ketuhar 150° F. Sapukan sedikit mentega di atas roti sejurus dikeluarkan dari ketuhar.

steam chocolate muffin


I couldn't remember where I got this recipe from. But these are really melt in the mouth kind of delicacies. However, my finishing was not really fine..