Showing posts with label pie. Show all posts
Showing posts with label pie. Show all posts

30 September 2012

Shepppard Pie with turkey filling

 Ayam turkey dilapik setelah letak kuahnyer...


Kentang lecek diratakan sblm letak cheese.

Here is the sheppard pie with some fillings 

Hari ni hari minggu..so bole masak itu ini utk anak2. Dah lama nak try masak sheppard pie yg mcm ni since kawan bw ke pejabat hari tu. Dia beritau secara ringkas bhn2nyer. Ayam turkey tu saya tambah sbb nak habiskan ayam tu sj. By the way, tak byk amik gambar sbb pada masa yg sama ada dua tiga perkara yg perlu diuruskan.Ok la ...disertakan resepi di bawah untuk dicuba pada sape2 yg nak rasa.

Bahan-bahan yg diperlukan:-
  1. 5-10 biji kentang bersaiz kecil 
  2. garam secukup rasa
  3. 4 keping ayam turkey yg telah dipotong kecil (yg telah di'slice')
  4. 4 sdk susu tepung baby (since sy xde susu segar) 
  5. 5-7 sausage bersaiz kecil (dipotong kecil-kecil)
  6. 1 tin sos prego utk spaghetti
  7. 1 tin cendawan butang (slice/ mayang) 
  8. air utk merebus kentang
  9. minyak utk menumis 
  10. 1 biji bawang besar (potong dadu)
  11. 6 biji bawang putih (potong dadu)
  12. 2 buku daging cincang (saya guna Ramly Burger) 
  13. 5-6 keping keju (sy guna keju kraft)
  14. 3 sdb tepung kastard (utk pekatkan adunan kuah. Tepung ditambah dgn sedikit air biasa)

  Cara nak masak kuah/ filling:-
  1.   Masukkan minyak dalam kuali. 
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih
  3. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang 
  4. Biarkan daging masak beberapa ketika 
  5. Kemudian masukkan sos prego 
  6. Letakkan cendawan butang dan sausage
  7. Masak sekejap shj kemudian terus curahkan tepung kastard yg telah dicampur dgn air
  8. Tutup api dapur dan ketepikan 

Cara nak masak topping kentang:
  1. Rebus kentang bersama dgn air. Kentang telah terlebih dahulu dibuang kulitnya
  2. Biarkan kentang empuk dan toskan
  3. Dalam bekas, lecek kentang gunakan pelecek/ cawan. Lecek rata-rata
  4. Tambahkan garam secukup rasa
  5. Tuangkan susu yg telah dicampur dgn sedikit air
  6. Gaul bahan-bahan biar mesra kemudian ketepikan
.
Cara nak lapik filling:-
  1. Dalam loyang, mulakan dengan meletakkan kuah/ filling. Sapu rata2 hingga memenuhi ruang loyang tu
  2. Kemudian susun daging turkey 
  3. Lepas tu timbuskan pula daging dengan kentang/ topping kentang
  4. Akhirnya, letakkan keju memenuhi ruang loyang 
  5. Dah siap buat ini semua teruskan dgn membakar pai. Sy bakar 20 mins shj. dgn api perlahan. Sy guna oven lama..tak nampak dah sukatan suhunyer..Agak2 ler..jgn biarkan keju keperang-perangan sgt cukup.

06 May 2011

Shepard pie

The shepard pie that I cooked for dinner the other day.The recipe is taken from Chief's Hanilieza's cooking book, "Senangnya Memasak Makanan Barat". Note: This recipe was paste from her fotopages. It was a little bit different from the one printed in the book.

Bahan
500 gm daging kisar RAMLY
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung
1 cawan air bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk
1 kiub stok daging
2 s/b minyak
garam


Bahan Kentang
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan akcau sehingga masak.5. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalm mangkuk kecil.
6. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
7. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
8. Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
9. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit
11. Sejukkan dan hidangkan (but I like to serve it while it is still hot)