24 November 2012

Kek Marble

Bancuhan warna pilihan saya: cokelat, pink, biru, hijau dan lg satu... 


.... kuning


setelah di'layer'...ia akan jadi macam gini 



masak dah.... 


bila potong dua nampaklah hasilnya spt ini...mcm butterfly wings



masih panas2... anak2 nak rasa potong ler kecil2...

Ini first time saya buat kek marble setelah lama mem'browse' macamana org bole buat kek yg ada layer cantik2. So, sy terpanggil utk mencuba resepi kek marble ni. Dan rata-rata saya tengok bila guna warna terang, kek akan lbh menyerlah. Resepi ni pula saya dapat dari Kak Chik... tapi saya modify ikut bahan-bahan yg saya ada dalam rumah. 

Bahan-bahan:-
  1. 5 biji telur saiz sederhana 
  2. 250 kiub mentega (sy guna Farmcows)
  3. pelbagai pewarna
  4. 1 1/2 cawan gula castor yg telah dimesin sbb nak lbh halus (boleh kurangkan gula jika nak)
  5. 2 cawan tepung gandum yg diayak 
  6. 1 sudu kecil baking powder
  7. sedikit esen vanilla
 Cara nak bake kek ni.
  1. Tepung perlu diayak bersama baking powder
  2. Mix mentega,  gula dan esen vanilla hingga kembang gunakan mixer.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam mixer
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis 
  5. Lepas tu asingkan tepung yg telah dikisar kpd 5 bhg sebab nak bancuh gunakan pewarna 
  6. Ambil loyang yg telah dilapis dgn kertas A4 (takde kertas minyak u) dan dilesek mentega
  7. Skrg boleh mulakan buat lapisan. Saya start membuat layer dibahagian tengah loyang. Buat satu lapisan kemudian lapiskan lagi satu bancuhan warna diatas lapisan pertama yg telah dibuat. Begitulah seterusnya. Saya buat lapisan memenuhi loyang ... org lain buat cara lain. Cara saya buat mungkin tak bagus ... tapi apa yg penting mesti buat satu lapisan demi lapisan 
  8. Dah siap buat niakar pd suhu 180C selama 45 min [standard suhu] atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing-masing. Oven saya oven lama. So, tak silap saya masak dalam 1 jam lebih kut. 

No comments:

Post a Comment